Salam semua pembaca blog AINADRAH.. :) Kita bertemu lagi pada kali ini.. dengan tip yang seterusnya...
Haaa... nak tau tak? Mesti anda semua dah tahu kan.. tu.. tajuk atas tu..hehe
![]() |
| Jerawat menjadi satu dilema bagi setiap wanita |
Kali ni, saya nak ade berita gembira buat sesiapa yang mengalami masalah JERAWAT..;) Jom.. ikut saya!
Sebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakan wanita terutamanya mengalami masalah ini pada waktu yang tidak menentu.. Kadang-kala kerana ketidakstabilan hormon, kadangkala disebabkan resdung.. Walau macamana pun, ada cara bagaimana kita boleh elakkannya..
Antara petua nak hilangkan jerawat adalah..
1) SUSU TEPUNG
- Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.
![]() |
| Susu tepung antara salah satu bahan untuk menghilangkan jerawat. |
2) DAUN JAMBU BATU
- Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
3) BERAS DAN INAI
- Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara.
Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.
4) ASAM GELUGOR
- Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
5) KULIT KAYU MANIS
- Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
![]() |
| Kulit kayu manis juga membantu untuk mencegah masalah kulit. |
Setakat itu sahaja tips yang saya dapat kongsikan tentang jerawat. Jangan lupa untuk mencuba! Anda pasti yakin dengan penampilan anda..:)








0 comments:
Post a Comment