Pages

Wednesday, 9 May 2012

TIPS 9 : MAKAN cukup tapi bukan BERLEBIHAN

    Salam semua..:) AINADRAH nak kongsi lagi tentang tips nak cantik luar dan dalam iaitu tentang tabiat MAKAN.. Tentu semua orang suka makan kan, ade yang tak suke ke, cube angkat tangan..hehe.. memang takla kan..
  Jadinya.. bagi sesiapa yang gemar makan, ingat ye jangan biarkan nafsu makan menguasai diri anda, nanti tanggungla sendiri..hehe  

Kita digalakkan untuk mengambil makanan jenis sayuran bagi meningkatkan nutrien dalam badan..


MAKAN BIAR CUKUP... tapi jangan berlebihan pulak tau.. :) 

Sesungguhnya Islam mengajar kita tentang cara dan adab apabila berhadapan dengan makanan.
1. Tujuan kita makan adalah untuk
  • memberi kesihatan
  • dan tenaga
Dengan bekalan tenaga tersebut ianya dapat memudahkan kita melakukan ibadat dan amal kebajikkan dengan selesa.

2. Islam yang diajar kepada kita melalui wahyu dan Nabi Mohammad telah menerangkan bahawa
  • Makanlah benda-benda yang baik serta dihalalkan samada berkaitan dengan sumber mendapatkanya dan juga kaedah pemprosesannya.
  • Hanya perlu makan bila kita terasa lapar dan amat baik berhenti bila saja kita sudah merasa kenyang.
  • Ketika makan perlulah mempunyai adab dan sopan santun terhadapnya.
3.Ilmu pengetahuan yang datang dari Allah yang dicapai oleh manusia terbukti menerangkan:
Kita perlu mempraktikkan amalan piramid makanan ini bagi mengekalkan diet yang seimbang.

Satu laporan Berita Harian menyatakan bahawa punca pengambilan makanan yang tidak seimbang boleh membawa kepada  penyakit kanser usus.
  • Makanan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang berfungsi unatuk membekalkan tenaga bagi melaksanakan semua kerja elektrikal saraf,mekanikal otot, pengekalan haba badan selain dari menyempurnakan keseimbangan dan serba tindakan kimia tubuh badan.
  • Kekurangan dan berlebihan pengambilannya akan mendatangkan keburukan untuk kesihatan tubuh badan kita. Pengambilan makanan harus mengikut sajian seimbang yang diukur melalui kumpulan makanan seperti piramid makanan dan nisbah kuantiti yang diperlukan oleh setiap individu setiap hari.
  • Makanan yang tercemar dan tidak diambil perhatian mengenai kebersihannya serta kesilapan dalam memprosesnya boleh mendatangkan bahaya. Sesetengah pencemaran menyebabkan kesan mutasi kepada sel dan punca kepada penyakit kanser.
4. AWAS
  • Makanan adalah keperluan tetapi boleh merosakkan tubuh badan.
Ingat kawan-kawan. Jangan lupa bahawa setiap perkara yang kita lakukan mempunyai kadar yang tertentu mengikut di atas kemampuan kita begitulah juga dengan pemakanan yang kita ambil.. 

Jadi, marilah kita sama-sama mempraktikkan cara pemakanan yang betul agar kita lebih yakin untuk menghadapi hari-hari seterusnya bukan sekadar tubuh yang bertenaga malahan wajah kita menjadi semakin BERSERI! Jom sama-sama kita amalkan..:)

Gambar Hiasan

0 comments:

Post a Comment