Pages

Wednesday, 25 April 2012

TIPS 4 : OH..tidak! Bintik hitam?

Selanjutnya, post kali ni AINADRAH suka untuk membicarakan tentang masalah bintik hitam. Ha... ape ye bintik hitam tu? kadang-kadang orang biasa sebut "black head @ white head".. Cube tengok gambar ni? heee.. tanakla..hehe
Mahukah masalah ini terus membelenggu anda?
Semestinya tidak mahu. Tetapi, masalah ini seringkali terjadi kepada kita yang mengalami masalah kulit, bukan sahaja jerawat yang menjadi igauan, malahan bintik hitam juga menyebabkan kita kurang yakin untuk berpenampilan menarik.  

TIPS 3 : TOMATO Atasi Kedutan Wajah

Tomato.. oh..tomato..
Untuk pengetahuan pembaca blog AINADRAH sekalian, TOMATO antara sayuran kegemaran saya..:) setiap kali pergi ke kedai, pasti tomato menjadi pilihan saya, terutama 'baby tomato'.. sedap sangat tau.. 

Tomato membantu membersihkan kulit muka. 
Jadi, tahukah anda buah tomato mengandungi sejenis bahan yang di namakan Lycopene yang dapat mencegah kedutan dan bintik hitam akibat sinaran Matahari. 80% kedutan dan bintik hitam adalah disebabkan oleh sinar matahari. Lycopene merupakan salah satu antioksida yang dapat menghentikan proses penuaan yang di sebabkan oleh sinaran matahari.

Dari kajian para saintis, Lycopene juga terkenal dengan khasiatnya dalam memerangi sakit jantung dan kanser. Oleh itu menggunakan tomato dalam menu anda adalah banyak khasiatnya kerana selain untuk tujuan kecantikan tomato dapat menghindar diri kita berbanding penyakit lainnya.

TIPS 2 : Jom Amalkan AIR SUAM!

Seterusnya, bagi seseorang yang mahukan kecantikan dalaman dan luaran.. jom sama-sama kita amalkan minum AIR SUAM! 

Air suam mempunyai banyak khasiat.
Tahukah anda air suam mempunyai pelbagai khasiat jika kita mengamalkannya berbanding dengan air sejuk..
Haa...sesiapa yang suka minum air suam, fakta ini pasti membuatkan anda semua tersenyum..:)
Kita digalakkan minum air suam 7-8 gelas sehari.
Kadang-kala, bagi sesetengah orang, selepas makan pasti mereka akan merasakan air sejuk lebih "best" berbanding air suam kan? Tetapi sebenarnya air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan dalam badan kita..

Jadi, anda sedar atau tidak? Tabiat minum air suam setiap pagi selepas bangun tidur merupakan amalan pengekalan KEJELITAAN yang paling mudah, tetapi paling MUJARAB..