Seterusnya, bagi seseorang yang mahukan kecantikan dalaman dan luaran.. jom sama-sama kita amalkan minum AIR SUAM!
![]() |
| Air suam mempunyai banyak khasiat. |
Tahukah anda air suam mempunyai pelbagai khasiat jika kita mengamalkannya berbanding dengan air sejuk..
Haa...sesiapa yang suka minum air suam, fakta ini pasti membuatkan anda semua tersenyum..:)
![]() |
| Kita digalakkan minum air suam 7-8 gelas sehari. |
Kadang-kala, bagi sesetengah orang, selepas makan pasti mereka akan merasakan air sejuk lebih "best" berbanding air suam kan? Tetapi sebenarnya air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan dan sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan dalam badan kita..
Jadi, anda sedar atau tidak? Tabiat minum air suam setiap pagi selepas bangun tidur merupakan amalan pengekalan KEJELITAAN yang paling mudah, tetapi paling MUJARAB..
Buktinya, apabila berlaku gumpalan minyak yang bertindak balas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim tersebut. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser.
Jadinya, penting untuk kita mengamalkan air suam selepas makan.
Di sini, kita boleh ambil contoh masyarakat Cina dan Jepun, mereka memang suka minum air suam terutamanya air teh panas selepas makan. Ramai ke dalam kalangan kita yang mengamalkan tabiat sebegini? Hmm.. rasanya x ramai pun. Setiap kali saya makan di kedai makan, rata-rata orang 'kita' lebih gemar minum air sejuk. Saya juga tidak terkecuali..hehe..tapi bila fikir-fikir balik elok kita amalkan macam ni kan. Boleh hindarkan diri dari serangan penyakit jantung juga di samping menjaga kecantikan.
![]() |
| Air suam juga membantu mengelakkan risiko penyakit jantung. |
* Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
* Minumlah banyak air kosong sekurang-kurangkan 8 gelas sehari. Jika anda fikir ia menyusahkan kerana anda akan kerap ke tandas, tetapi fikirkanlah ianya sebenarnya membuang segala toksik yang terkumpul dalam badan yang akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
http://tipskecantikan-wana.blogspot.com/2010/02/khasiat-minum-air-suam.html
http://tipskecantikan-wana.blogspot.com/2010/02/khasiat-minum-air-suam.html
![]() |
| Air suam membantu awet muda. |
Inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan dan amalkannya selepas bangun dari tidur bagi mengekalkan AWET MUDA. Selamat Beramal!









0 comments:
Post a Comment