Pages

Wednesday, 25 April 2012

TIPS 4 : OH..tidak! Bintik hitam?

Selanjutnya, post kali ni AINADRAH suka untuk membicarakan tentang masalah bintik hitam. Ha... ape ye bintik hitam tu? kadang-kadang orang biasa sebut "black head @ white head".. Cube tengok gambar ni? heee.. tanakla..hehe
Mahukah masalah ini terus membelenggu anda?
Semestinya tidak mahu. Tetapi, masalah ini seringkali terjadi kepada kita yang mengalami masalah kulit, bukan sahaja jerawat yang menjadi igauan, malahan bintik hitam juga menyebabkan kita kurang yakin untuk berpenampilan menarik.  

Bintik hitam perlu dibersihkan selalu bagi memastikan wajah sentiasa cantik.
Di sini, terdapat beberapa tips yan dapat dikongsikan untuk semua yang menghadapi masalah ini, antaranya : 

1. Ubat gigi antara 'ubat' paling berkesan untuk menghentikan bintik-bintik hitam. Sapukan hanya pada kawasan bintik berkenaan.

2. Madu juga penawar terbaik jika di amalkan secara harian. Sapukan madu setiap pagi di kawasan berbintik hitam di wajah anda, biarkan sehingga kering kemudian dicuci bersih.

3. Celup putik kapas ke dalam susu segar dan sapukan pada bahagian bintik hitam. Lakukan sebelum anda masuk tidur. Warna bintik-bintik berkenaan akan beransur hilang dan menjernihkan wajah sekaligus.
4. Parut sebiji timun dan campurkan dengan sedikit tepung tepung jagung hingga sebati. Sapukan pada keseluruhan muka dan biarkan hingga kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan setiap pagi selepas bangun tidur.


Timun antara cara untuk menghilangkan masalah bintik hitam.
Tetapi, jika ianya masih kekal, ia bermakna anda mengalami masalah yang serius! Teruslah dapatkan rawatan segera.. SELAMAT MENCUBA..:)

0 comments:

Post a Comment