Pages

Monday, 19 March 2012

TIPS 1 : Senyum...:) ~ tak perlu kata apa-apa ~


"Senyumlah..senyumlah..ahaii cik mek molek.." 
Pantang terdengar lagu ni..kite pasti tersenyum kan..(terutamanya org perempuan)..:D
Tengok gambar anak kecik ni, comel kan bile die tersenyum..ayuh.. senyum tau..:)


Senyum mengubah 'mood' seseorang menjadi  lebih baik.
Hai pembaca blog AINADRAH.. Nak tau tak bahawa senyum tu ade banyak manfaat tau antaranya..
  • Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan..:)
  • Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.
  Senyum biarlah pada tempatnya.

Thursday, 8 March 2012

Nak CANTIK LUAR? Kenalah CANTIK DALAM dulu..

Salam semua.. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang CANTIK.. Sesungguhnya CANTIK ITU SUBJEKTIF.. :)

Cantik boleh dikira dari pelbagai sudut
Kecantikan adalah perkara yang lumrah dalam fitrah manusia, Semua manusia cenderung kepada perkara yang molek-molek dan cantik-cantik sama ada kepada aspek fizikal mahupun kepada aspek-aspek lahiriah yang lain..Jarang-jarang orang bercerita tentang kecantikan dalaman..
Bagi saya, rahsianya adalah bermula daripada kecantikan dalaman kerana ianya yang menzahirkan kecantikan luaran itu..
Kecantikan dalaman bermula daripada HATI.. Bermula dengan NIAT yang ikhlas diiringi dengan HATI yang bersih, CANTIK itu akan dapat diserlahkan dengan sendirinya oleh luaran kita, bak mutiara kata :
"Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.."
http://safruddin.wordpress.com/2007/07/31/kumpulan-kata-kata-mutiara-6/