Salam semua.. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua tentang CANTIK.. Sesungguhnya CANTIK ITU SUBJEKTIF.. :)
| Cantik boleh dikira dari pelbagai sudut |
Kecantikan adalah perkara yang lumrah dalam fitrah manusia, Semua manusia cenderung kepada perkara yang molek-molek dan cantik-cantik sama ada kepada aspek fizikal mahupun kepada aspek-aspek lahiriah yang lain..Jarang-jarang orang bercerita tentang kecantikan dalaman..
Bagi saya, rahsianya adalah bermula daripada kecantikan dalaman kerana ianya yang menzahirkan kecantikan luaran itu..
Kecantikan dalaman bermula daripada HATI.. Bermula dengan NIAT yang ikhlas diiringi dengan HATI yang bersih, CANTIK itu akan dapat diserlahkan dengan sendirinya oleh luaran kita, bak mutiara kata :
"Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.."
http://safruddin.wordpress.com/2007/07/31/kumpulan-kata-kata-mutiara-6/
http://safruddin.wordpress.com/2007/07/31/kumpulan-kata-kata-mutiara-6/
Sesungguhnya dalam perspektif Islam, CANTIK DALAMAN itu bermula daripada TAQWA yang merupakan kriteria utama, samalah juga ianya berkaitan dengan hati, apabila kita tetap pada taqwa kita pada yang MAHA ESA dan KekasihNya, akhlak mahmudah terus dapat dizahirkan..Begitulah yang dikatakan CANTIK itu..:)
Jadi, sama-samalh kita perbetulkan niat masing-masing kepada yang lebih baik untuk mendapat CANTIK di mata ALLAH..
Di samping itu, kecantikan dalaman dan luaran juga pelu dijaga daripada semasa ke semasa supaya dapat menyenangkan hati kita dan orang lain..
Macam bunga ros ni, kalau kita pandai menyemai serta menjaga bunga ini sejak dari benihnya, ia akan kekal segar dan berseri selalu..
InsyaAllah, saya akan berkongsi lagi pada post yang seterusnya tentang TIPS KECANTIKAN DALAMAN & LUARAN.. yang pernah diamalkan oleh saya..untuk perkongsian bersama.. Moga-moga ianya bermanfaat untuk semua..
Hayatilah lagu dari kumpulan ONE DIRECTION- WHAT MAKES YOU BEAUTIFUL <3 Enjoy it!
Hayatilah lagu dari kumpulan ONE DIRECTION- WHAT MAKES YOU BEAUTIFUL <3 Enjoy it!
Sehingga berjumpa lagi! :-D






0 comments:
Post a Comment