Pages

Monday, 14 May 2012

TIPS 12 : YAKIN pada DIRI!

 Salam semua pembaca blog Semerah Hati..:) Moga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Pada entri kali ni, AINADRAH ingin berkongsi tips yang terakhir..opppsss...ala... macam sedih pulak kan..hehe..eh.. takla.. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi, jangan risau ye.. 

Jika kita yakin, pasti kita boleh!

Sunday, 13 May 2012

TIPS 11 : Ayuh Manjakan Diri!

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog Semerah Hatiku..:)
AINADRAH harap semuanya sihat sejahtera hendaknya dan ceria-ceria selalu. 

Pada kali ini, tips yang boleh AINADRAH kongsi ialah manjakan diri. Pasti anda semua tertanya-tanya kan bagaimana manjakan diri tu? Pelik je bunyinya. Haa..anda semua jangan silap faham tau, maksud AINADRAH di sini agar kita memanjakan diri kita dengan memastikan badan kita segar dan sihat selalu. Kalau badan kita sakit, macam mana nak jadi CANTIK? Betul tak? 

Urutan satu cara memastikan kita lebih bertenaga.

TIPS 10 : Jauhi STRESS..:-D

Salam semua pembaca blog Semerah Hatiku.. :-)
Kita bertemu lagi dalam tips yang seterusnya, nak cantik luar mestilah cantik dalam dulu..
Jadi, di sini AINADRAH ingin berkongsi tentang tips jauhi 'STRESS'. Apa kaitan CANTIK dengan 'stress'? 

Jangan biarkan diri kita dibelenggu  'stress' !

Ha, ramai yang tidak menyedari bahawa stress merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wajah kita tidak bermaya, lesu dan akhirnya tidak berseri. Kemudian, mulalah kita mengadu "ala..kenapa dengan muka aku ni? hmmm..tak semangat la mcam ni, ARGGGGHHHH...SERABUTNYA!". Tanpa kita sedari 'stress' telah menguasai diri kita secara tidak langsung. 

Wednesday, 9 May 2012

TIPS 9 : MAKAN cukup tapi bukan BERLEBIHAN

    Salam semua..:) AINADRAH nak kongsi lagi tentang tips nak cantik luar dan dalam iaitu tentang tabiat MAKAN.. Tentu semua orang suka makan kan, ade yang tak suke ke, cube angkat tangan..hehe.. memang takla kan..
  Jadinya.. bagi sesiapa yang gemar makan, ingat ye jangan biarkan nafsu makan menguasai diri anda, nanti tanggungla sendiri..hehe  

Kita digalakkan untuk mengambil makanan jenis sayuran bagi meningkatkan nutrien dalam badan..


MAKAN BIAR CUKUP... tapi jangan berlebihan pulak tau.. :) 

TIPS 8 : Tidur Secukupnya ye..

Hai kawan-kawan..:) Kali ni, Ainadrah nak kongsi tips seterusnya ialah pasti semua orang suke buat benda ni betul tak? hehe.. haaa.. TIDUR YANG SECUKUPNYA.. penting tau dalam jaga kecantikan kita di samping menjaga kesihatan.. 

Bayi perlu tidur sekurang-kurangnya 15 jam sehari.
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Tuesday, 8 May 2012

TIPS 7 : AWAS! Jangan Merokok..:-D

Salam semua pembaca..:) AINADRAH hari ini nak kongsi lagi tips seterusnya nak cantik dalam dan luar..
Bagi semua penghisap rokok... hmmm..tolonglah hentikan tabiat merokok tu.. Sedangkan anda sendiri tahu tentang keburukan merokok kan.. tetapi mengapa anda tetap merokok?

Dilarang merokok!
Mungkin agak susah bagi seseorang yang telah terbiasa dengan pengambilan rokok, tetapi tidak terfikirkah anda tentang kesannya yang buruk bukan sahaja pada diri malahan orang lain juga.

Monday, 7 May 2012

TIPS 6 : Jom kita BERSENAM!

Hai pembaca semua..:) Kembali lagi kita di blog semerahhati-ainadrah..<3
OK..Setelah kita berkongsi beberapa tips sebelum ni tentang penjagaan muka, kali ni saya nak ajak anda semua BERSENAM dengan saya.

Ayuh kita bersenam!
Kawan-kawan sume tahu tak bahawa SENAMAN juga kunci KECANTIKAN..Tak percaya?
Haaa.. YOU MUST BELIEVE IT! bukan sekadar cantik, tapi yang paling penting KESIHATAN..so, bile badan dah sihat, wajah kita pun akan menjadi segar dan ceria selalu, kita pun bertenaga dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap hari..:-D

TIPS 5 : Dilema JERAWAT!!!

Salam semua pembaca blog AINADRAH.. :) Kita bertemu lagi pada kali ini.. dengan tip yang seterusnya...
Haaa... nak tau tak? Mesti anda semua dah tahu kan.. tu.. tajuk atas tu..hehe

Jerawat menjadi satu dilema bagi setiap wanita
Kali ni, saya nak ade berita gembira buat sesiapa yang mengalami masalah JERAWAT..;) Jom.. ikut saya!
Sebagaimana yang kita sedia maklum kebanyakan wanita terutamanya mengalami masalah ini pada waktu yang tidak menentu.. Kadang-kala kerana ketidakstabilan hormon, kadangkala disebabkan resdung.. Walau macamana pun, ada cara bagaimana kita boleh elakkannya..