Salam semua pembaca blog Semerah Hati..:) Moga anda semua sentiasa dalam keadaan sihat hendaknya. Pada entri kali ni, AINADRAH ingin berkongsi tips yang terakhir..opppsss...ala... macam sedih pulak kan..hehe..eh.. takla.. InsyaAllah, kita akan bertemu lagi, jangan risau ye..
![]() |
| Jika kita yakin, pasti kita boleh! |
Post kali ni kita akan berbicara tentang tips YAKIN pada DIRI jika mahu diri kita sentiasa dipandang CANTIK. Bukan sekadar suka-suka ye, tetapi agar kita sentiasa YAKIN pada penampilan kita seterusnya menjadikan kita lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Siapa yang tidak mahu CANTIK kan?hehe..
Jadi, tips kali ni perkongsian tentang keyakinan pada penampilan dan personaliti kita. Anggaplah bahawa diri kita hebat dan CANTIK, pasti kita akan lebih YAKIN!
Sentiasa 'set' kan dalam diri bahawa apa jua perkara yang kita lakukan pasti kita BOLEH! Macam lagu ni "KAU BOLEH" yang pernah popular pada tahun 80 an dahulu. Lagu ini selalu menjadi pembakar semangat kepada saya dalam setiap perkara yang saya buat. Jom sama-sama kita yakin pada diri!
Lagu ini nampak simple, tapi kandungan mesejnya amat bermakna. Maka, nak CANTIK juga perlu yakin, tapi janganlah menyalahgunakan kuasa yakin itu dengan cara yang salah. Janganlah kita risau tentang pandangan orang, tetapi kita hanya perlu meyakinkan diri sendiri kerana kita sendiri yang merasa kepuasan itu sendiri.
Jadi, yakinilah bahawa kita boleh untuk CANTIK, apabila dalaman kita cantik, secara lahirnya kecantikan luaran akan terus terserlah. Jangan pernah menyerah, kerana yanh untungnya adalah kita sendiri.
JUST BELIEVE that YOU CAN DO IT!
Nak cantik macam saya? Ikutilah tips yang telah diselami bersama AINADRAH di blog Semerah Hatiku ini..:)
Semoga kita semua dapat memanfaatkan segala perkongsian di blog
Mohon maaf dan teguran di atas segala kekhilafan sepanjang penulisan di blog ini.
Sehingga kita bertemu lagi!
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai blogku ini antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan..:)






0 comments:
Post a Comment