Hai pembaca semua..:) Kembali lagi kita di blog semerahhati-ainadrah..<3
OK..Setelah kita berkongsi beberapa tips sebelum ni tentang penjagaan muka, kali ni saya nak ajak anda semua BERSENAM dengan saya.
![]() |
| Ayuh kita bersenam! |
Kawan-kawan sume tahu tak bahawa SENAMAN juga kunci KECANTIKAN..Tak percaya?
Haaa.. YOU MUST BELIEVE IT! bukan sekadar cantik, tapi yang paling penting KESIHATAN..so, bile badan dah sihat, wajah kita pun akan menjadi segar dan ceria selalu, kita pun bertenaga dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap hari..:-D
![]() |
| Senaman membantu dalam proses pelancaran darah dalam badan. |
Antara tips SENAMAN yang baik adalah:
1. Waktu terbaik untuk senaman bergantung kepada kesesuaian masa setiap
individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testoren.
2. Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul.
3. Mengamalkan senaman di luar juga adalah baik kerana lebih mudah dan lebih murah.
4. Senaman lembut seperti yoga dan tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.
![]() |
| Gaya hidup sihat perlu diamalkan semenjak dari awal usia lagi.. |
Kalau semua pembaca nak tahu, saya sekeluarga mengamalkan senaman tarian poco-poco, pada setiap hujung minggu kami akan berkumpul bersama-sama bagi melakukan aktiviti ini di waktu petang. Manakala pada waktu malamnya, adik beradik lelaki akan berentap bagi pertandingan badminton secara beregu. Rasa sangat seronok saat menantikan setiap detik permainan berlangsung. Masa kami di isi sebaiknya dengan perkara yang berfaedah..:)
Haa.. apa tunggu lagi jom amalkan gaya hidup sihat yang efektif dengan BERSENAM! :-)








0 comments:
Post a Comment