Salam semua pembaca blog Semerah Hatiku.. :-)
Kita bertemu lagi dalam tips yang seterusnya, nak cantik luar mestilah cantik dalam dulu..
Jadi, di sini AINADRAH ingin berkongsi tentang tips jauhi 'STRESS'. Apa kaitan CANTIK dengan 'stress'?
![]() |
| Jangan biarkan diri kita dibelenggu 'stress' ! |
Ha, ramai yang tidak menyedari bahawa stress merupakan salah satu faktor yang menyebabkan wajah kita tidak bermaya, lesu dan akhirnya tidak berseri. Kemudian, mulalah kita mengadu "ala..kenapa dengan muka aku ni? hmmm..tak semangat la mcam ni, ARGGGGHHHH...SERABUTNYA!". Tanpa kita sedari 'stress' telah menguasai diri kita secara tidak langsung.
![]() |
| Adakah anda mahu jadi seperti ini? |
'Stress' merupakan tekanan bagi seseorang yang mengalami masalah sama ada faktor dalaman dan luaran. Sesungguhnya kita sebaik-baik makhluk Allah, tidak akan terlepas daripada menghadapi sebarang masalah tekanan. Apabila pelbagai tekanan yang kita hadapi, hati kita pun akan menjadi runsing menjadikan wajah kita
tidak bermaya.
Di sini, AINADRAH ingin berkongsi bagaimana cara ISLAM mengajar untuk menghadapi TEKANAN @ 'stress', kerana sesungguhnya hati kita akan tenang dengan kembali kepada Allah. Segala yang kita lakukan mestilah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta disertai dengan niat yang ikhlas seterusnya menjadikan kita lebih yakin untuk menghadapi hari-hari seterusnya tanpa 'STRESS' Anda mahu begitu? Jom kita ikuti cara-cara ini, antaranya:
1) Biasakan diri dalam keadaan berwudhuk
![]() |
| Wudhuk merupakan satu terapi bagi 'stress' |
- Kita sebagai penuntut ilmu haruslah sentiasa membiasakan diri kita untuk sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk setiap kali mengulang kaji pelajaran. Hal ini akan memudahkan kita untuk mengingati dan memahami apa yang dipelajari sehingga memastikan diri kita berada dalam keadaan tenang dan menjadikan kerja kita lebih mudah.
2) Bersangka baik dengan Allah
- Kita sebagai makhluk ciptaanNya mesti tidak akan lari daripada segala ujian daripada Allah, kita perlu sedar bahawa setiap ujian itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita dalam memperbaiki diri kita sebagai seorang Muslim yang mukmin. Sesungguhnya, setiap perkara yang kita hadapi adalah di atas kemampuan dan keupayaan kita, dan janganlah sesekali kita menyalahkanNya dalam masalah yang kita hadapi kerana kita perlu yakin bahawa segalanya pasti ada HIKMAH di sebaliknya.
3) Menangis dengan sepuas hati
![]() |
| Menangis juga membantu kita untuk menangani 'stress'. |
- Tekanan yang kita hadapi sebenarnya dapat diatasi dengan luahan hati. Bagaimana cara untuk meluahkan itu? Tidak perlu kita untuk bercerita dengan orang lain tetapi hanya dengan menulis di atas sekeping kertas akan membantu kita untuk mengurangkan 'stress' yang dihadapi berbanding dengan hanya menyimpan perasaan seorang diri sehingga menyebabkan diri kita merana.
Jadi, dapat disimpulkan di sini, sesungguhnya Islam mengajar cara yang terbaik dalam menghadapi setiap perkara, tanpa 'stress' hidup kita akan lebih ceria dan menjadikan kita lebih yakin untuk berhadapan dengan orang di samping menjaga kecantikan luaran kita. InsyaAllah. Mari sama-sama kita amalkan!









0 comments:
Post a Comment