Salam semua pembaca..:) AINADRAH hari ini nak kongsi lagi tips seterusnya nak cantik dalam dan luar..
Bagi semua penghisap rokok... hmmm..tolonglah hentikan tabiat merokok tu.. Sedangkan anda sendiri tahu tentang keburukan merokok kan.. tetapi mengapa anda tetap merokok?
![]() |
| Dilarang merokok! |
Mungkin agak susah bagi seseorang yang telah terbiasa dengan pengambilan rokok, tetapi tidak terfikirkah anda tentang kesannya yang buruk bukan sahaja pada diri malahan orang lain juga.
Tahukah anda bahawa asap rokok mengandungi racun..
MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT!!!
![]() |
| Antara bahan kandungan yang terdapat didalam rokok. |
![]() |
| Gambar ini menunjukkan kesan kepada tubuh badan kita akibat pengambilan rokok. |
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit:
1. Kanser pundi kencing
2. Kanser perut
3. Kanser usus dan rahim
4. Kanser mulut
5. Kanser Esofagus
6. Kanser tekak
7. Kanser pankrias
8. Kanser payudara
9. Kanser paru-paru
10. Penyakit saluran pernafasan kronik
11. Strok
12. Kereputan tulang (osteoporosis)
13. Penyakit jantung
14. Kemandulan
15. Putus haid awal
16. Melahirkan bayi yang cacat
17. Keguguran bayi
18. Mati pucuk
19. Bronkitis
20. Batuk
21. Penyakit ulser peptik
22. Emfisima
23. Otot lemah
24. Penyakit gusi
Jadi pembaca semua..
Ingatlah bahawa setiap perkara yang kita lakukan pasti ada kesan yang baik dan buruknya..
TETAPI yang sudah jelas MUDHARATnya eloklah kita jauhi supaya hidup kita lebih CERGAS & SIHAT!








0 comments:
Post a Comment