"Senyumlah..senyumlah..ahaii cik mek molek.."
Pantang terdengar lagu ni..kite pasti tersenyum kan..(terutamanya org perempuan)..:D
Tengok gambar anak kecik ni, comel kan bile die tersenyum..ayuh.. senyum tau..:)
Tengok gambar anak kecik ni, comel kan bile die tersenyum..ayuh.. senyum tau..:)
![]() |
| Senyum mengubah 'mood' seseorang menjadi lebih baik. |
Hai pembaca blog AINADRAH.. Nak tau tak bahawa senyum tu ade banyak manfaat tau antaranya..
- Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan..:)
- Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan Rasul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.
Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.
Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.
Orang yang sedang menghadapi tekanan jiwa sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.
Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.
| Senyum menyenangkan hati semua orang. |
Senyum mungkin bagi kita adalah hal yang sederhana dan mudah, cukup menarik dari sudut bibir sehingga menampakkan gigi. Namun tidak sesederhana itu, kadang-kadang tersenyum saat-saat tertentu sangatlah sukar. Tambahan pula jika kita tidak ada “mood” untuk tersenyum. Senyum mempunyai hubungan erat dengan karakter seseorang, kerana ramai yang termasuk kategori sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, jiwa dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan serta meningkatkan daya tarik kita. Senyum juga dipercayai sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda. Malahan senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan, di antaranya iaitu mengurangkan 'stress', meningkatkan imun badan, menurunkan tekanan darah dan berbagai lagi.
![]() |
| Senyum menjadikan kita lebih yakin untuk menjalankan tugas. |
Maka jauhkan diri anda dari 'stress' dan rasa khuatir dengan satu kata iaitu “senyum”, tentu saja dengan memberikan senyum pada tempat dan suasana yang tepat. Jika berlebihan, maka orang lain akan menganggap anda kurang waras. Satu hal lagi kerana dengan tersenyum anda mendapatkan satu nilai sedekah. Sudahkan anda tersenyum hari ini?
Senyumlah kawan-kawan..:) Jom kita layan lagu SENYUM daripada kumpulan nasyid yang mendapat tempat di hati peminat suatu ketika dahulu iaitu RAIHAN.. Hayatilah..
Senyum seindah suria membawa cahaya..:) Jadi.. senyumlah..:) Selamat beramal..:D







0 comments:
Post a Comment